Gerbang Pra Siswa (Perak)

18:28

Assalamualaikum 


Hujung minggu lepas , aku ada join satu program Gerbang Pra-Siswa (GPS) yang bertempat di PLKN Sentosa , Tapah . Program ni bukan shj ada dekat Perak , tapi turut di adakan dekat seluruh negeri di Malaysia . Seriously said , program ni sangatlah best . Walaupon diadakan selama 3 hari 2 malam , tapi still rasa tak puas ! kalau boleh nak request supaya diorang buat seminggu ! muahaha xD

    Program Gerbang Pra-Siswa ni salah satu aktiviti under Sahabat Yadim . Apa yang best mengenai pogram ni , dalam korang dapat ilmu , dapat banyagan mengenai suasana alam kampus , korang juga  dapat kenal apa itu SAHABAT YADIM . Clik Sini dan sini untuk berkenalan dengan #SahabatYadim

  
        
Lagu tema Sahabat Yadim

    Objektif program ni adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelejar lepasan SPM / STPM dan STAM mengenai suasana realiti alam kampus , menyelami subjek dan bidang kerjaya serta bertaaruf bersama mahasiswa/i #SahabatYadim

    Aktiviti pon semua best-best memang korang takkan menyesal la kalau join program ni . Akak dengan abang fesi pon semua sporting habis . Memang dari first korang step kaki dekat tempat program sampailah saat nak balik , memang korang akan rasa HAPPY je . "Takde part yang tak best ke ? dari awal asyik cakap best best best je ?" .  Jawapan dia TIDAK , wahahaha . 

     Selalunya kalau pergi program mana-mana , kira macam tulah first and mybe korang punya last meet dengan kawan-kawan baru tersebut . Tapi kalau join program ni , perkenalan dengan kawan baru korang tu adalah permulaan tau sebab korang akan join aktiviti susulan yang telah ditetapkan dekat setiap daerah ( daerah ditetapkan based dari peserta yang hadir tau )

      

   
     Ikutkan aku nak share gambar aktiviti , tapi takde gambar . Kebanyakkan gambar dalam phone pon semuanya selfie , kikiki . 




     Untuk yang tak dapat join , takpe jangan risau . Korang boleh join #SahabatYadim bila dekat universiti nanti . Ataupon korang boleh join aktiviti daerah yang kitorang akan jalankan nanti . okay gais ? 






Till then , Adios


You Might Also Like

0 comments

Lets Chat !