­

Aktiviti pada cuti sekolah

14:17


*vacum sawang dekat blog , fuhh fuhh sikit and done ^^, 


Assalamualaikum semua =)


Lamanya tak update blog . Bukan tak teringat tapi tahap kerajinan tak menggunung , lol . Pernah jugak terdetik nak edit blog ni jadi responsive blog tapi .... TAPI TAK RAJIN ! sob sob 

Memandangkan sekarang ni dah musim masuk university (for student spm 2015) so , aku nak share sikit amenda jelaa yang aku dah buat sepanjang 5 bulan cuti sekolah ni . Okay lets cikidouttt bebey !!



1. Kerja -
Alhamdulillah , habis je SPM aku terus kerja . Family ada buka business sikit so untuk elakkan dari mereput teruk dekat rumah , aku pon kerja la dekat kedai tu . Penat tu biasa lah , nama pon kerja ken tapi best sebab masyukkk ! Nak lepak dengan member pon bahagia je kihkih . 



2. Tengok Drama - kalau macam aku , almost setahun jugak la "puasa drama korea" so bila dah habis SPM memang qado balik ahh semua drama yang tak tengok lagi tu . Ada jugak drama yang aku ulang , macam Flower Boy Next Door . Tapi misi qado' drama ni pon tak tahan lama sebab aku jadi sakit kepala teruk kalau hadap laptop/phone untuk masa yang lama.Selalunya aku habiskan 1 drama dalam masa 3-4 hari . Kalau ada 16 ep , sehari tu sempat habis dalam 4-5 episode = 4-5 jam depan laptop tapi sebabkan tengok online sambil jaga kedai , cincai-2 jadi almost 7 jam jugak la. Sebab tu sakit kepala. Tapi kejap tak kejap tu sempat juga khatam 10 drama tau wewewe  .

3. Join kem untuk pelajar lepasan SPM - Untuk pelajar lepasan SPM,STAM,STPM memang tak rugi kalau korang join program macam ni. Banyak sangat benda baru yang korang boleh belajar tau. Kalau aku , sempat join 3 program je. Antaranya Gerbang Pra-Siswa , Perkampungan Menara Gading Negeri & PMG Kebangsaan . Kalau nak tahu mengenai Gerbang Pra-Siswa tu , korang boleh refer entry sebelum ni ye.


4. Join aktiviti taman/kampung korang - Dekat kawasan rumah korang mesti ada klinik kesihatan ken ? Setiap tahun diorang ada buat aktiviti yang libatkan orang taman/kampung jadi korang join la. Kalau dekat area rumah aku ni , diorang ada buat larian 10 ribu langkah tanpa gula. Tapi tahun ni punya program tak best sangat. Aku lagi suka yang last year punya sebab aktiviti tahun lepas kitorang kena cari harta karun . Then , setiap group tu pulak diorang campur-campur dengan makcik pakcik , budak-budak so memang meriah la *walaupon group aku kalah.

5. Lepak dengan kawan - kalau yang ini aku sure memang semua orang akan buat. Keluar tengok wayang la, bowling, picnic, hiking , makan semua ni memang aktiviti wajib kalau cuti.


6. Membaca - Tak tahu kenapa sejak tak sekolah ni rasa nak membaca tu membuak-buak . Dulu waktu belajar malas sangat nak baca buku tambah-tambah buku sejarah SPM -.- tapi sekarang , i dah jadi ulat buku okay. Setiap bulan beli buku baru sampai umi pon dah tanak tolong bankin kan sebab semua buku tu aku beli online je *kes nak jimat duit bila keluar


Rasanya itu sahaja yang aku nak share , selebihnya tu semua normal thing yang orang akan buat bila free like makan-tidur-holiday etc. Kalau korang nak share sekali apa yang korang dah buat time cuti ni , jangan malu-malu untuk drop your comment below okay .


Till then , Adios




You Might Also Like

0 comments

Lets Chat !