Movie Review: Ghost House (2017)
13:53Lepas selesai program senamrobik, ceramah kesihatan dan beberapa aktiviti yang lain anjuran Klinik Kesihatan, aku dan kawan-kawan berpeluang menonton movie ini. Secara jujurnya, aku bukanlah seorang yang berani dan ini merupakan pengalaman pertama aku menonton cerita seram di pawagam.
Title : Ghost House (2017)
Genre : Horror, Thriller
Release Date : 3 August 2017
Release Date : 3 August 2017
Rating : 5.5/10 (my opinion)
Sinopsis
Jim and Julie are on a vacation in Thailand. Julie comes across small shrines called "Ghost Houses" and falls in love with them. The shrines are believed to give spirits shelter and comfort. A couple of British travellers then take the young couple into the countryside to show them a ghost house graveyard where many of the shrines are discarded. After leaving the graveyard with a souvenir, Julie is suddenly disturbed by visits from a malevolent spirit that causes her to lose her sanity and almost her life. With Julie frozen in a horror state, Jim must now find a way to lift Julie's curse before he loses her forever.
Review
Julie dirasuk hantu ketika dia mencuba untuk mengambil kain yang digukan untuk mengikat rambutnya pada patung yang terdapat di sebuah kuil kecil di kawasan hutan yang dilawati mereka bersama dua orang lelaki British. Patung tersebut dikenali sebagai Watabe, seorang perempuan yang telah mati terbakar di rumahnya sendiri dan sangat membencikan perempuan cantik. Gogo, menyedari akan keadaan Julie yang parah lalu membawa Julie pulang ke rumah keluarganya untuk dirawat.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila Julie membuka gelang tangan yang diperolehinya ketika dirawat oleh seorang sami di kampung Gogo. Dia mula diganggu Watabe, sering meracau dan berada dalam halusinasinya sendiri. Jim yang masih tidak mempercayai akan apa yang berlaku terhadap Julie adalah disebabkan oleh gangguan hantu yang telah merasuk kekasihnya, bergegas membawa Julie ke hospital berhampiran. Selepas mendengar penjelasan dari doktor, Jim mulai berfikir untuk membawa kekasihnya berubat di tempat lain.
Jim berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah bangunan terbiar untuk meminta pertolongan bagi menyelamatkan kekasihnya, Julie. Jim diberikan 2 pilihan bagi menghalang Watabe dari terus menggangu Julie; 1- menyibukkan Watabe dengan mencari mangsa lain atau 2- berjumpa dengan seorang bomoh yang lebih tinggi ilmunya kerana Watabe merupakan hantu yang kuat dan susah untuk dibuang oleh bomoh biasa.
Di saat genting seperti ini, adakah Jim sanggup memotong jarinya bagi menyelamatkan Julie atau sebaliknya? Nak tahu keseluruhan cerita, korang kenalah tengok sendiri.
Pandangan aku mengenai movie
Walaupun aku penakut, tapi wajah hantu dalam movie ni taklah menyeramkan sangat. Cerita menarik dan banyak unsur terkejut. Mungkin juga aku tak rasa takut sebabkan aku dengan kawan-kawan aku je yang ada dalam bilik tu. Al maklumlah, tengok movie time tengah hari, hari jumaat pulak tu manalah nak ada orang.
Kalau dah tengok movie ni, cuba share sikit, berapa rating yang korang boleh bagi ?
24 comments
wah , lama x layan movie hantu kt pawangan ;-) hehe
ReplyDeleteBulan ni ada bnyak cerita hantu baru, pergilah tngok 1 movie ;)
DeleteLama jgk xlyn movie seram . Tp scene yg mngejut tu kalau ramai dlm hall tu bru best kan. Hehe
ReplyDeletebetul tu. kalau ramai, ada lah jugak rasa seram kalau 3 org je macam adelia,hm tak feeling apa pon haha
Deletelama juga tak layan movie seram ni :)
ReplyDeleteBila lagi nak layan movie seram. Bila dah tengok, rasa macam best la pulak layan movie seram
DeleteEhh jap. Ni cerita thailand or mmg cerita omputih?
ReplyDeleteCerita omputih tapi berlakon dekat Thailand
DeleteSeumur hidup I tak pernah tgk cerita hantu. Real penakut hahahaha
ReplyDeleteDrop by here from https://aimisyafiqah.blogspot.my/ :)
hahaha kitaa pon sama. Ini pun sebab kawan dah ajak sangat, relakan jela kena tengok cerita hantu pun
Deleteheheh. citer hantu ni memang risau nak tgk kalau bab terkejut2 tu la. pastu terbayang2 time nak tido. grr xD
ReplyDeletesamaaa ! terbayang waktu tidur tu yang paling seram. Kalau tak terbayang waktu tidur, mesti terbayang waktu malam, time duduk sorang-sorang
Deletebelum tgk lagi.. tapi ttarik nk tengok jugak.. hihi
ReplyDeleteTengokk tauu ! Cerita ni best je sebenarnya
Deletemacam menarik O.O ahahahaha nak tgok wayang ke.. nak streaming ja? ermmmmmm
ReplyDeleteTengok dekat wayang lagi feeling serammm ! hehe
Deleteanak-anak suka sangat tengok movie seram..tapi maknya ni penakott sungguh!haha
ReplyDeleteCerita ni banyak terkejut je. Try la tengok dengan anak-anak akak hehe
DeleteAdoi.. Memang tak tengoklah jawabnya..
ReplyDeletehahaha, adelia tengok pon sebab kawan pujuk. Kalau saje nak tengok, takdenyaa
Deletebelum tengok lagi cita ni, ingtkan haritu nak tengok tapi tak tengok lagi sampai sekarang hehe
ReplyDeleteJom kte g ngedate tgk wyg sama jom.. haha hi adelia peace ^^
ReplyDeleteDah tengok Annabelle 2? Akak dengar mcm best, tapi akak ni pun penakut jg. Kena minta anak temankan... :D
ReplyDeleteHi, dropping by! (:
ReplyDelete