Movie Review: Ghost House (2017)

13:53

Lepas selesai program senamrobik, ceramah kesihatan dan beberapa aktiviti yang lain anjuran Klinik Kesihatan, aku dan kawan-kawan berpeluang menonton movie ini. Secara jujurnya, aku bukanlah seorang yang berani dan ini merupakan pengalaman pertama aku menonton cerita seram di pawagam.

Image result for ghost house 2017

Title : Ghost House (2017)
Genre : Horror, Thriller
Release Date : 3 August 2017
Rating : 5.5/10 (my opinion)

Sinopsis

Jim and Julie are on a vacation in Thailand. Julie comes across small shrines called "Ghost Houses" and falls in love with them. The shrines are believed to give spirits shelter and comfort. A couple of British travellers then take the young couple into the countryside to show them a ghost house graveyard where many of the shrines are discarded. After leaving the graveyard with a souvenir, Julie is suddenly disturbed by visits from a malevolent spirit that causes her to lose her sanity and almost her life. With Julie frozen in a horror state, Jim must now find a way to lift Julie's curse before he loses her forever.

Review

Julie dirasuk hantu ketika dia mencuba untuk mengambil kain yang digukan untuk mengikat rambutnya pada patung yang terdapat di sebuah kuil kecil di kawasan hutan yang dilawati mereka bersama dua orang lelaki British. Patung tersebut dikenali sebagai Watabe, seorang perempuan yang telah mati terbakar di rumahnya sendiri dan sangat membencikan perempuan cantik. Gogo, menyedari akan keadaan Julie yang parah lalu membawa Julie pulang ke rumah keluarganya untuk dirawat.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila Julie membuka gelang tangan yang diperolehinya ketika dirawat oleh seorang sami di kampung Gogo. Dia mula diganggu Watabe, sering meracau dan berada dalam halusinasinya sendiri. Jim yang masih tidak mempercayai akan apa yang berlaku terhadap Julie adalah disebabkan oleh gangguan hantu yang telah merasuk kekasihnya, bergegas membawa Julie ke hospital berhampiran. Selepas mendengar penjelasan dari doktor, Jim mulai berfikir untuk membawa kekasihnya berubat di tempat lain.

Jim berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah bangunan terbiar untuk meminta pertolongan bagi menyelamatkan kekasihnya, Julie. Jim diberikan 2 pilihan bagi menghalang Watabe dari terus menggangu Julie; 1- menyibukkan Watabe dengan mencari mangsa lain atau 2- berjumpa dengan seorang bomoh yang lebih tinggi ilmunya kerana Watabe merupakan hantu yang kuat dan susah untuk dibuang oleh bomoh biasa.

Disebabkan Jim tidak sanggup melibatkan mangsa lain dalam perkara ini maka dia terpaksa memilih cara yang kedua. Ketika berjumpa dengan bomoh tersebut, Jim telah diminta untuk mengorbankan sebahagian dari dirinya iaitu dengan memotong jari kerana Watabe mahukan darah namum Jim enggan berbuat demikian. Ketika bomoh itu sedang membacakan manteranya, tiba-tiba beliau pengsan dan muncullah Watabe. Kedua orang pembantu bomoh tersebut cuba menghalang Watabe dari menganggu Julie namun masih tidak berjaya.

 Di saat genting seperti ini, adakah Jim sanggup memotong jarinya bagi menyelamatkan Julie atau sebaliknya? Nak tahu keseluruhan cerita, korang kenalah tengok sendiri.

Pandangan aku mengenai movie

Walaupun aku penakut, tapi wajah hantu dalam movie ni taklah menyeramkan sangat. Cerita menarik dan banyak unsur terkejut. Mungkin juga aku tak rasa takut sebabkan aku dengan kawan-kawan aku je yang ada dalam bilik tu. Al maklumlah, tengok movie time tengah hari, hari jumaat pulak tu manalah nak ada orang.

Kalau dah tengok movie ni, cuba share sikit, berapa rating yang korang boleh bagi ?



You Might Also Like

24 comments

  1. wah , lama x layan movie hantu kt pawangan ;-) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan ni ada bnyak cerita hantu baru, pergilah tngok 1 movie ;)

      Delete
  2. Lama jgk xlyn movie seram . Tp scene yg mngejut tu kalau ramai dlm hall tu bru best kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau ramai, ada lah jugak rasa seram kalau 3 org je macam adelia,hm tak feeling apa pon haha

      Delete
  3. lama juga tak layan movie seram ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lagi nak layan movie seram. Bila dah tengok, rasa macam best la pulak layan movie seram

      Delete
  4. Ehh jap. Ni cerita thailand or mmg cerita omputih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita omputih tapi berlakon dekat Thailand

      Delete
  5. Seumur hidup I tak pernah tgk cerita hantu. Real penakut hahahaha

    Drop by here from https://aimisyafiqah.blogspot.my/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kitaa pon sama. Ini pun sebab kawan dah ajak sangat, relakan jela kena tengok cerita hantu pun

      Delete
  6. heheh. citer hantu ni memang risau nak tgk kalau bab terkejut2 tu la. pastu terbayang2 time nak tido. grr xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaa ! terbayang waktu tidur tu yang paling seram. Kalau tak terbayang waktu tidur, mesti terbayang waktu malam, time duduk sorang-sorang

      Delete
  7. belum tgk lagi.. tapi ttarik nk tengok jugak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengokk tauu ! Cerita ni best je sebenarnya

      Delete
  8. macam menarik O.O ahahahaha nak tgok wayang ke.. nak streaming ja? ermmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dekat wayang lagi feeling serammm ! hehe

      Delete
  9. anak-anak suka sangat tengok movie seram..tapi maknya ni penakott sungguh!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni banyak terkejut je. Try la tengok dengan anak-anak akak hehe

      Delete
  10. Adoi.. Memang tak tengoklah jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, adelia tengok pon sebab kawan pujuk. Kalau saje nak tengok, takdenyaa

      Delete
  11. belum tengok lagi cita ni, ingtkan haritu nak tengok tapi tak tengok lagi sampai sekarang hehe

    ReplyDelete
  12. Jom kte g ngedate tgk wyg sama jom.. haha hi adelia peace ^^

    ReplyDelete
  13. Dah tengok Annabelle 2? Akak dengar mcm best, tapi akak ni pun penakut jg. Kena minta anak temankan... :D

    ReplyDelete

Lets Chat !