Pengalaman Pre-Register

13:32


Isnin, tibalah masa untuk semua pelajar lepasan asasi Uia untuk mendaftarkan subjek yang bakal diambil pada sem akan datang. Nak register subject pon cuak, aduhaiii. Mungkin sebab ni merupakan kali pertama kena register sendiri. Biasanya dari zaman sekolah sampai asasi, semua jadual telah pun disusun. Bila nak melangkah ke alam degree ni, kesemuanya kena dilakukan sendiri. Dari pemilihan lecturer, subjek yang bakal diambil, waktu belajar dan lain-lain.

     Mengikut notis dari UIA, waktu untuk mendaftar bermula dari 12am, 7 Ogos 2017 namun seperti biasa, itu cumalah harapan palsu kerana secara tiba-tiba (mungkin aku yang tak alert) UIA telah menukar notis dari 12am kepada 12pm. Aku punyalah cuak bila tahu diorang buka portal 12am. Jadual tak susun lagi, lecturer mana yang nak pilih pon tak tentukan lagi.Kelam kabut jugaklah malam tu. Ingatkan aku sorang sahaja yang tak prepare lagi, rupanya kawan-kawan yang lain pon sama. Maka, mulalah perbincangan antara kitorang.

     Setiap orang ada pilihannya sendiri. Walaupun aku dan sahabat yang lain tidaklah sekelas untuk kesemua subjek yang diambil pada sem hadapan, namun aku dan Diyanah tetap bersama. Itu pun dah cukup membahagiakan, cewahhh. (please jangan terharu kalau kau baca entry ni)

     Lebih kurang jam10.30 pagi, aku cuba membuka laman web untuk pre-reg dan ternyata laman web tersebut sudah boleh di access. Walaupun berhadapan dengan sedikit cabaran kerana terpaksa melayan customer yang datang ke kedai dan pada waktu yang sama, hendak register subjek agar dapat menyusun jadual seperti yang telah dirancang tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar namun ceritanya tidak terhenti di situ sahaja apabila Diyanah bercadang untuk menukar subjek ICT kepada Fiqh Economist I.

     Walaupun tidak berjaya memilih lecturer yang diingini untuk subjek Fiqh Economist I kerana section tersebut telah penuh namun kami berdua tetap memilih untuk menukar subjek. Ingatkan lepas dah berjaya tukar, kira settle lah urusan pre-reg untuk sem I ternyata belum lagi. Sejam kemudian aku sengaja melihat kembali senarai lecturer yang mengajar Fiqh Economist I dan ternyata, masih terdapat kekosongan section bagi lecturer yang aku idamkan ! Dah ada kekosongan, aku dan Diyanah pun segera menukar lecturer dan Alhamdulillah kami berdua berjaya walaupun pada ketika itu hanya tinggal 7 kekosongan tempat sahaja lagi.

     Jadi, jumlah subjek yang aku ambil untuk sem ni adalah sebanyak 6 subjek = 18 credit hours.

     1. Financial Accounting & Reporting I
     2. Statistical Methods
     3. Principles of Microeconomics
     4. Fiqh for Economist I
     5. Foundation of Islamic Finance
     6. The Islamic Worldview

     Harapnya sem depan dapat lebih perform dari sem yang sebelumni.

     Kepada yang baru nak pre-reg, korang boleh Register Courses di sini






















You Might Also Like

3 comments

  1. dah masuk degree memang kena buat sendiri dah.
    teringat zaman degree akk dulu,mesti dah plan ngan member nak amik lectrr mana.kalau sorg tak dapat, semua tukar jugak. heee

    all the best dik

    ReplyDelete
  2. Program kesihatan kat sini semua course dah pilih. Takda pilih-pilih. Dia bagi list pilih je. Macam jeles gak tengok korang boleh pilih tapi kami tak boleh buat macam tu. kena belaja ikot peringkat. lol.


    // afifahaddnan

    p/s - coming from Elsalicious blog list and I want to notify you that your blog is included in my bloglist too :)

    ReplyDelete
  3. all the best for your degree:) salam dari pelajar uia kuantan: missaziemah.blogspot.com

    ReplyDelete

Lets Chat !